Wednesday, December 29, 2010

harimau malaya :) yeeppppiii

*betul ckp PAUl..wahaha..bkn paul dah mati ke..??haha


memang excited kot..first tengok malaysia lawan indon tp kat malaysia la time tu..tp ak tengok kat klantan maklumla..time tukan bang aim(cousin)kawin..hehe..comel la dorang..kehkehkeh..memang jerit-jerit smpai ntah la~haha..x ku sangka2..lagi bagus twin tu x de..main nak jaga rambut je wat pe..??!!haha..tp dorng pon ade kelebihan sendiri gak kan..?tp x pe..asalkan malaysia MENANGGGG!!
wahahahahaha..insyaAllah,semoga bola sepak kita akan menjadi seperti zaman allahyarham Mokhtar  Dahari..insyaAllah..last kali,,go go chaiyO00K harimau malaya..
GUA TABIK SAMA LU !
!!:) 
*goal kipper hensem an?!haha~





hloluv rfdh shrn

Tuesday, December 28, 2010

i have a dream :)

I have a dream , a fantasy 
To help me through,reality 
And my destination makes it worth the while 
Pushing through the darkness

Still another mile 


i have a dream ,
to succesfull in my life
To help me cope with anything
If you see the wonder ,of a fairy tale
You can take the future even if you fail 





hloluv rfdh shrn :)

Thursday, December 23, 2010

thanks for..



FREINDSHIP 4


sbb korang bagi ak smangt and to kawan2 yang lain gak..and congrats amal ifah dayah :)

Wednesday, December 22, 2010

result..result..result

CONGRATULATION :)


to me :].walaupun x straight A..redha je la..tahniah for dak yang straight A's :)






yang benar2 ikhlas :

hloluv rfdh shrn

Tuesday, December 21, 2010

esok ?! what'll be happen ??

esok amik result peperiksaan menakutkan remaja seperti saya..cewaah sesuke hati badak dye tukar.opps.sorry salah taip, esok hari pengambilan result setelah belajar selama form oe until form three ape lagi klau bukan Peperiksaan Menengah Rendah..cuak tak cuak.kena ambik gak.wish me luck key ?!! huhu..ok sekarang ni memang nak kata tak gabra tipu habish rr tuh..gabra x gabra..?! the answer is: GABRA !!wargh..haish..astagfirulallahalazim.baru PMr la sayang oii :) (nak tenang kan diri nyer kes )warghh..
ok change topic..
find tak sangka ak dah nak masuk 16 tahun :) takotla nak hadapi masa akan datang..haish asyk takot je,,kene b'dpn gak la !!GO chaiyok :D.trust in your self :D..wahoo .. okeyh tu je.



hloluv rfdh shrn

Monday, December 20, 2010

lagi 2 ari lagi akan..?

huh..huh..huh..find skarang ni ak demammmm + selesema and so on..hokhokhok..x brapa sihat gara2 penantian yg slama d'tunggu2 hampir tiba iaitu RESULT PMR..huargghhh..okeyh doakan kecemerlangan saya serta kawan2 yg lain..and semoga dapat result yg baik..plus semoga saya dpat m'ngambil result itu sendiri..insyAllah :)

bicara kata

korang ooo korang cuba carik lagu nie dah tu dengar and filling
tau..best giler..hakhakhak..aku suker sangat..yeah yeah :)..
enjoy it :) wahoo

Manis bicara indah tutur kata 

Tak seindah rupa pengertiannya 
Lembutnya lidah mengata nista 
Lidah yang tiada bertulang 
Mengadu domba 
Serta memfitnah sesama saudara 



Terkadang aku berfikir sendirian 
Perlukah amarahku dibiar terus menyala 
Membakar membara dengan rasa bangga 
Mencela mereka dengan kata-kata 


part aku suke..yeah


Kata ibarat pedang 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan 
Kata-kata yang berhikmah 
Menyedarkan kita 



Kata madah pujangga 
Bisa menjadi pedoman manusia 
Jagalah bahasa kata kita 
Jangan disalah guna 



Yang merah itu saga 
Yang kurik itu kendi 
Yang indah itu bahasa 
Yang cantik budi pekerti 



Terkadang aku mentaksir manusia 
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati 
Mencerca, menghina, dustanya bicara 
Menyusun nista dengan kata-kata 



Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata buruk padahnya 
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata hilang percaya

Hilang percaya... 



Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.






p/s:wei ak x marah + x kisah tau..
jgn la serba salah kat diri korg :)
nnti ak yg serba salah

korg kwn yg best---|>

hloluv rfdh shrn

Sunday, December 19, 2010

sunway pyramid :/ | :) |:D

srot..srot..okeyh skarng sya tngh selsema (gara2 buat kerja gila)hahaha..rasa nak demam lak :( , huhuhu.okeyh kami hanya berLIMA jew..agak m'ngecewakan la~sangat kot.wtevr~
okeyh x de mood nak tulis..korng tengok je la :)

 *restoran mane ntah.tp lawa kan? 
*makan :D


 *hloluv and jygote ;)
*lawakan..?syg sye x de..haha


okeyh dah tu kira2 kol 5 kami pulang,, banyk kjadian klakar yg kami alami.. tidak boleh d'cerita kan kerana tenaga saya sudah tahap low :/ ..saya x larat dah ~





hloluv rfdh shrn

Saturday, December 18, 2010

cerpen darul taqwa :)

sambungan daripada episode 1
sapa dah bace seronok la.
yg belom.
sila-silakan lah baca.
amacam ? ade seronok x..? :)
enjoy it :D
p/s:thanks too my freinds,, s*** cos dye yg suroh bace artikal kat iluvislam.com.thanks :D

cerpen darul taqwa :)


saya suke cerita ni,
diambil dari www.iluvislam.com
cerita dia ber-episod2
and b'mnggu2 tunggu
so enjoy it
p/s;saya suke cerita nie tu psl saya share ngan kalian :)..tq

Friday, December 17, 2010

saje-saje untuk menaja :D


 |princess of today's|



haa..cube teka ni siapa..??
nie adik saya RAIDAH BINTI MOHAMAD SHAHRUN..
baru wat fb :)
haha..
tu jew !!
comel tak.?
hehehe ;)





hloluv rfdh shrn a.k.a |kkk|

Thursday, December 16, 2010

alhamdulillah



*inilah prasaan saya :)


alhamdulillah.lega satu masala..
alhamdulillah dapat asrama 18 :)



hloluv rfdh shrn




hwaaa :(

tak tau knape,
tak tau mngapa,
and sye x mengerti
tengah syok2 lyn blog sndiri..
air mata mengalir membasahi pipi..
xtak tau mengapa and knapa..
mybe lagu nie+bace blog nie yg pelik =air mata..??


saya tak tau . tak tau .
warghhhh nape nie.
slaloo nyer prasaan nie datang..
TIMEEEEEE..
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
'
tak nak cakap..
x  nak..
Ya ALLAH
jauhkan prasaan ini..
astagfirullahhalazim(x3)





hloluv rfdh shrn

Di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang sangat miskin dan miskin...dan miskin. Kenapa saya ulang sampai tiga kali? Teruskan membaca baru dapat rasa betapa miskinnya pemuda ini. Kasihan!
Pemuda ini tidak mampu membeli makanan sehingga beberapa hari tidak makan. Dia tiada rumah dan menjadi 'tetamu tetap' di sebuah masjid di kampungnya kerana tempat tinggalnya memang di masjid. Oleh kerana kebanyakan masa hariannya di masjid, dia seringkali mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid itu; kuliah, tazkirah, ceramah dan apa-apa sahaja majlis ilmu di sana. Itulah keistimewaan pemuda ini. Walaupun miskin dan kelaparan, menghadiri majlis ilmu adalah rutin hidupnya.
Suatu hari pemuda ini berasa sangat lapar. Sungguh kasihan kerana dia tidak mampu membeli apa-apa makanan. Hampir mati akal dia memikirkan bagaimana ingin mengisi perutnya kerana dia benar-benar kelaparan. Sehinggalah terdetik di dalam hati...
"Urm, bagaimana jika aku menyelinap masuk ke rumah orang-orang kampung dan mencuri makanan mereka? Aduh! Aku merasakan benar-benar dalam keadaan darurat. Mungkin dalam keadaan darurat begini menjadi keringanan buatku untuk mencuri," pujuk hatinya ketika risau jika ia dalam keadaan berdosa.
Pemuda miskin ini nekad. Ditunggunya sampai hari semakin gelap dan dia mula bergerak perlahan-lahan ke sekitar kampung. Dipanjatnya dari bumbung ke bumbung yang lain demi mencari sesuap dua makanan. Akhirnya, setelah berusaha memanjat, sampailah dia ke sebuah rumah. Gelap. Sunyi.
"Ah, sudah tentu penghuninya tiada sekarang. Baik aku masuk!"
Dia pun dengan segera menyelinap masuk dengan harapan tekaannya benar. Ya, dia memang benar kerana sungguh rumah tersebut tidak berpenghuni buat sementara waktu. Berbekalkan kesamaran cahaya dari celahan tingkap, pemuda ini menuju ke dapur dan terlihat sebuah periuk. Ketika membuka tudung periuk itu, dia terkejut.
Sebiji TERUNG!
Itu sahaja yang dijumpainya. Pemuda itu lantas mengambil terung tadi dan mula menggigitnya kerana benar-benar kelaparan walaupun ia hanya sebiji terung. Setelah sekali menggigit, tiba-tiba dia tersentak.
"Ya Allah! Apakah yang aku sedang lakukan. Malu aku pada-Mu Tuhan! Mana mungkin aku mencuri harta orang lain sedangkan aku adalah orang yang yang menjadi tetamu di masjid, menjadi tetamu dalam majlis-majlis agama. Tidak sepatutnya aku bertindak sebegini. Aku takut akan-Mu wahai Tuhan yang melihat segala tindak tandukku. Ampuni aku, aku amat takut akan balasan-Mu"
Sepantas kilat dia meletakkan semula terung yang telah selamat digigitnya sekali dan menyelinap keluar, hilang dalam kegelapan.
Esoknya...
Penduduk kampung mulai keluar masjid setelah tamatnya kuliah pada petang itu. Hanya beberapa orang yang masih di dalam masjid membaca Al-Quran. Seorang wanita masih berdiri di perkarangan dalam masjid dalam keadaan yang resah. Wanita tersebut pantas mendekati tok imam yang telah memberikan pengisian petang itu.
"Tok Imam, tolong bantu saya. Saya benar-benar buntu..." rayu wanita itu.
"Ya Allah, kenapa dengan kau wahai anakku. Ceritakanlah... jika aku boleh membantu, InsyaAllah aku akan membantumu."
"Aku ini seorang janda. Suamiku telah meninggal dunia," esakan mulai kedengaran.
"Beberapa hari lepas, aku telah diganggu oleh pemuda-pemuda kampung ini dan sungguh aku merasakan tidak selamat dan terasa terancam."
Tok Imam itu terdiam. Kerutan jelas di dahinya.
"Aku... aku ingin tok imam membantuku mencarikan seorang suami untukku kerana aku tidak ingin lagi terus diganggu oleh pemuda-pemuda di sini," ujarnya.
"Apa benar kau ingin aku membantu mu?" tanya imam tua tersebut. Wanita tersebut mengangguk.
Imam tua itu merenung ke sekeliling masjid. Lantas matanya terpaku pada pemuda miskin yang sedang bersandar di tepi tiang.
"Wahai pemuda, mahukah kamu ke mari?" Perlahan-lahan pemuda itu melangkah mendekati Tok Imam dan wanita tersebut.
"Sudikah kau mengahwini wanita ini?" pantas imam tua itu menyoal.
"Ya Allah, adakah ini hanya khayalanku? Aku ingin berkahwin, tapi percayalah, untuk membeli sebuku roti pun aku tidak mampu, apatah lagi untuk menanggung orang lain!" jujur pemuda itu menjawab.
"Usah khuatir wahai pemuda. Aku tidak perlukan hartamu. Aku sudah ada rumah yang arwah suamiku tinggalkan untukku. Aku tidak memerlukan hartamu. Aku hanya perlukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan melindungiku dari ancaman luar," balas wanita tersebut.
Diam. Lama pemuda itu berfikir. Dia kemudian mengangguk perlahan.
Setelah bernikah disaksikan beberapa tetamu masjid, tok imam itu berkata;
"Sekarang pulanglah kamu bersama suamimu ini. Semoga pernikahan ini mendapat keberkatan-Nya dan dapat menyelamatkan kamu daripada gangguan orang."
Setibanya di rumah, wanita itu terus bertanya kepada pemuda miskin yang telah selamat menjadi suaminya.
"Adakah kau ingin makan? Aku akan menyiapkannya untukmu, wahai suamiku."
Pemuda itu hanya mengangguk. Dalam fikirannya sekarang bukan tertumpu pada makanan (walaupun pada hakikatnya ia memang kelaparan) tetapi rumah wanita tersebut. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah dia pernah berada di situ sebelumnya.
"Kenapa aku seperti mengenali rumah ini?" soalnya dalam hati sambil berkerut. Oh tidak! Jangan-jangan...
"Silalah makan dahulu," kata si wanita sambil menghidangkan sesuatu.
"Ya Allah... adakah aku bermimpi? Ini adalah terung yang telah ku gigit semalam. Ya Allah..apakah tandanya ini?"
"Maaf wahai suamiku. Aku hanya ada terung ini yang sempat ku rebus semalam. Aku terkejut kerana ia telah digigit. Pelik, siapa yang telah mengigitnya sedangkan tiada sesiapa di rumah ini sewaktu ku keluar," jelas wanita itu dalam kesayuan kerana tidak mampu menghidangkan yang terbaik untuk suaminya.
"Wahai isteriku. Mahukah kau mendengar suatu kisah? Se.. sebenarnya aku lah yang telah menyelinap masuk ke rumahmu semalam dan menggigit terung ini," akui pemuda itu ikhlas. Berubah wajah wanita itu.
"Maafkan aku. Semalam, aku sangat kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan dan aku tidak mampu untuk membeli apapun. Aku bertekad untuk mencuri makanan di luar. Ku fikir aku benar-benar dalam keadaan darurat. Namun, setelah selamat mengigitnya sekali, aku merasa benar-benar tersedar dan merasakan sangat takut kepada Allah yang menjadi saksi perbuatanku. Aku malu... aku takut akan azabnya atas kelalaianku. Maafkan aku," ujar pemuda itu sambil tertunduk menangis.
"Tidak mengapa suamiku. Aku sudah memaafkanmu. Akan tetapi ketahuilah bahawa aku benar-benar cemburu akanmu. Tahukah kau mengapa?" soalnya.
Pemuda itu berhenti menangis lalu merenung isterinya.
"... kerana sifat TAQWA mu! Kerana takutkan Allah, kau berhenti daripada terus melakukan dosa dan berterus-terang padaku. Sekarang, tidakkah kau sedar? Kerana sifat TAQWA yang ada pada dirimu itu, Allah membalasnya semula bukan hanya dengan terung yang telah kau gigit semalam, tapi seluruh isi dalam rumah ini termasuk diriku kepadamu, telah menjadi milikmu secara halal. Tidak perlu lagi kau mencuri. Semuanya telah Allah hadiahkan semula kepadamu kerana KETAQWAANmu itu," ujar wanita itu sambil tersenyum. Pemuda miskin itu cepat-cepat bersujud tanda mensyukuri hadiah Allah kepadanya.
Jika pembaca dapat menilai kembali kisah ini daripada asal, apakah 'main point' yang saya ingin sampaikan?
Ia adalah tentang TAQWA.
Kerana takutkan Allah, pemuda itu telah meninggalkan semula terung yang digigitnya ke tempat asal. Dia malu kepada Allah, dan dia benar-benar takut Allah akan menghukumnya. Kerana TAQWA yang ada padanya, Allah membalasnya semula bukan sahaja terung yang selamat digigitnya tanpa izin, tetapi termasuk tuan empunya rumah dan isi rumah tersebut kepadanya. Semuanya secara HALAL tanpa perlu rasa ragu-ragu.
Akan tetapi bukan harta dunia yang dikejar, tetapi rasa takut yang berterusan kepada Tuhan yang Maha Melihat, yang Maha Mengetahui dan yang Maha Pengasih, dalam melakukan sesuatu walaupun ia hanya sekecil-kecil hal (dalam kisah ini: mencuri sebahagian kecil terung!). Sesungguhnya beruntung bagi orang-orang yang bertakwa kerana kasih sayang Allah yang berlipat ganda bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.
Firman Allah dan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:
irman Allah dan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (Surah Al-Hasyr: 18)
Kemudian Allah sambung lagi dalam surah yang sama, ayat seterusnya;
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehinggalah Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Hasyr: 19)
Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
Dan banyak lagi firman Allah dalan Al-Quran tentang taqwa. Marilah berusaha menjadi orang-orang yang bertakwa demi menggapai redha-Nya dalam setiap inci pun yang kita lakukan. Kita masih lagi ada masa.
Oh ya! Sebenarnya space yang sengaja saya tulis 'dot-dot-dot' pada tajuk di atas adalah sebenarnya:
"Kisah Pemuda, Janda dan TAQWA".


 p/s:bacalah artikal atau cerita di laman web tersebut.ia membuatkan kita terFIKIR dan terFIKIR tntng NYA :)
maaf kerana hanya menCOPY dri laman web terSeBUT kerana saya hnya mmpu untk berKONGSI


hloluv rfdh shrn



tanggal 23.12.2010



untk result yg baik :)..insyAllah

samaade nak percaya atau tidak,..x tau btol atau tidak,tapi memang tarikh amik result memaaaaaaaanggg nak dekat!!  takot nyer.doakan saya 9A.terima kasih..saya sangaaaaaaatt TAKOT : / betol betol takot..Ya Allah semoga aku dan rakan-rakan ku mendapat result yang CEMERLANG..GEMILANG.. dan TERBILANG :)





uCpN sYe UnTk student  fOrM 3 2o10









hloluv rfdh shrn :/
.semoga m'peroleh 9A's.

Wednesday, December 15, 2010

who is a beutiful ?


siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.